Bukan marah atau mengungkit.
Bukan niat nak jatuhkan siapa-siapa.
Cuma luahan dari sudut persahabatan dan kemanusiaan.
Bila persahabatan yang kita semua jalinkan since years and years ago tu boleh dipersoalkan hanya kerana seorang lelaki yang kau gelar 'boyfriend', memanglah cetek cara kau berkawan. Apa guna ada kawan yang baik dan akrab dengan kau kalau wujudnya kami dalam hidup kau sekadar untuk lihat kau susah. Apa guna ada kawan seperti kami kalau hanya sekadar nak lihat kau jatuh terduduk. Apa guna ada kawan seperti kami kalau pada fikiran kau hanya nak memburuk-burukkan keadaan kau.
Mungkin cetek definisi persahabatan yang ada dalam diri kau. Mungkin kau terlalu cepat memperlekehkan apa yang dinasihatkan. Mungkin kau masih terlalu naif. Pada kau, dunia kau hanya ada kau dan si dia. Now that is pathetic.
Sebagai kawan yang aku rasa akrab, tak salah rasanya aku sedarkan kau atas kealpaan kau. Sebagai kawan yang sentiasa ada bila kau perlukan, tak salah rasanya aku suarakan rasa ketidak puasan hati. Kenapa? Aku cuma ingin lihat kau gembira dan bahagia. Mungkin sekarang kau terlalu berseronok dengan dunia yang kau cipta. Kebahagiaan yang pura-pura. Apa guna keluar dari mulut harimau dan masuk mulut buaya? Apa guna kami yang kau gelar sahabat kalau sekadar lihat saja kau kecewa? Sorry, aku bukan kawan jenis itu.
Setiap kali kau keluar dengan kawan-kawan, yakin aku pasti kau bergaduh. Kononnya kawan-kawan kau jelek habis pada mata dia. Dia tahu macam mana aku yakinkan kau untuk keluar dengan dia sebelum ni? Dia tahu bagaimana aku cuba untuk buka fikirannya yang terlalu sempit terhadap kawan-kawan kau? Mana kawan-kawan dia bila waktu dia susah? Mana kawan-kawan kau bila waktu kau susah? Kau boleh fikir dan nilai. Kau boleh ingat balik segala isu. Bukan ungkit, sekadar ingatkan kau tahap dia dan tahap kami sebagai kawan kau.
Sekarang nampak kau tanggung dia. Tempat tinggal, makan minum; hampir semua. Kau cuba sedapkan hati dengan menyuarakan yang hidup kau agak mudah sedikit bila ada dia yang membantu. Kau fikir, berapa banyak kau keluarkan daripada yang dibantu. Kau fikir tanggungan kau, keluarga kau, adik beradik kau. Kau fikir kau yang dulu dari kau yang sekarang.
Sekarang, ibu bapa kau atau adik beradik kau datang pun kau persoalkan kerana 'boyfriend' kau tu. Jadi pada kau 'boyfriend' kau tu lebih penting daripada ibu bapa dan keluarga kau yang selama ni ada untuk kau.
Sekarang, nak jumpa kau pun dapat kesudahan pergaduhan antara kau dengan dia. Tak tahu la kalau setakat menonton wayang boleh jadi dosa dalam kamus percintaan kau. Cetek bukan? Itu sinopsis kehidupan yang kau impikan untuk kau bina seumur hidup kau?
Baik buruk yang jadi pada kau memang bukan masalah aku atau mereka. Baik buruk yang jadi pada kau memang kehidupan kau. Tapi pernah kau terfikir yang selama ni kau, aku atau mereka sentiasa ada untuk berikan pertolongan semasa kau, aku atau mereka dalam kesusahan. Mana dia yang kau agung-agungkan? Mana dia yang sanggup buat kau singkiran kawan? Mana dia yang kau utamakan lebih daripada keluarga kau sendiri? Sedar atau tidak, yang pahit lebih banyak dari manis. Memang kau sendiri rasa, tapi kami masih mendengar dan melihat.
Kau banyak lupa akan semua erti persahabatan bila kau dengan dia. Kau berikan segala keutamaan untuk dia lebih daripada segalanya. Tapi hari-hari hati kau kecewa. Kau bukan orang senang. Tapi kau ikutkan perasaan yang tak ke mana tu hanya kerana seorang lelaki yang kau sendiri tahu latar belakangnya dan boleh nampak masa depannya. Bukan bermaksud untuk merendahkan. Tapi kau harus fikir masa depan kau dan mereka-mereka yang masih mengharapkan kau; keluarga.
Mungkin apa jua nasihat yang diberikan sekarang boleh kau perlekehkan. We meant nothing to you. Tapi akan tiba satu hari bila kau dah terjatuh (which let's hope not), kau tau di mana dan siapa yang sanggup hulurkan bantuan. Siapa yang selalu ada untuk kau.
Now, you just blinded by the fact that you really need a man in your life. But newsflash, what kind of man he is? You knew it better deep inside. Despite all those crazy in love shit, you can't deny the fact that he is useless and not worth any of your life.
This is what friends are for. Terpulang la pada kau untuk pertimbangkan.