Monday, February 21, 2011

DuaPuluhLapan

* mana pergi wajah comel ini sekarang? (hekkk..)

Okay, tak perlu sorok-sorok lagi. Dengan bangganya saya mengaku bahawa saya sudah berumur 28 tahun. Macam orang-orang cakap; age is just a number. Setuju sangat. Daripada survey dan beberapa feedbacks yang saya masih dapat sampai ke hari ini adalah:-

"28? Serious tak macam 28..."

Okay, mungkin nampak macam isi bakul angkat sendiri. Tapi itu lah hakikatnya bila orang-orang yang baru mengenali saya bila bertanyakan perihal umur ni.

Faktor utama mungkin kerana size badan yang agak kecil untuk seorang lelaki Melayu berumur 28 tahun. "Kenapa kecil?.." atau "Kurusnya..." dah jadi ayat lazim bila jumpa kawan-kawan baru atau kawan-kawan yang dah hampir 10 tahun tak bertemu. Kebanyakan kawan-kawan sekolah yang terserempak masing-masing dah menampakkan umur sebenar. Mungkin itu salah satu sebab saya jarang turut serta untuk reunion atau jemputan-jemputan ke majlis perkahwinan rakan-rakan sekolah.

Faktor lainnya mungkin kerana pergaulan saya yang biasanya terdiri daripada mereka yang berumur dalam lingkungan awal 20an. Kenapa? Mungkin atas sebab keserasian dari segi pemikiran atau minat. Bukan bermaksud pemikiran saya tidak begitu matang. Cuma masih banyak berfikiran yang lebih ringkas dan kurang komplikasi.

Sebab-sebab lain tu masih belum dikenal pasti. Yang pastinya bukan saya tidak mahu menyorok dari kelihatan sebagai seorang lelaki Melayu 28 tahun. Cuma hakikatnya dah ditakdirkan begini. Lihatlah sendiri (senyum bangga).

Malu mengaku tua?

Perkataan tua itu rasa macam harsh sangat. Lebih sesuai digantikan dengan matang. Bukanlah segan bila umur semakin meningkat. Bahkan itu dah jadi routine semua individu setiap tahun. Cuma bila umur semakin meningkat, it reminds me berapa jauh saya sudah pergi. Macam-macam benda yang telah dilalui. Biasalah, pengalaman. Kadang-kadang terfikir jugak, ada lagi atau tidak hari lahir untuk tahun hadapan. Bila terfikir macam tu, mula jadi takut dan emosi sedikit terganggu. Biasalah, masih belum sedia.

Apa pun, saya bersyukur dengan masih diberi peluang untuk menghela nafas sehingga ke hari ini; Alhamdulillah. Terima kasih juga atas kurniaan kehidupan yang tidak begitu sukar dan adanya mereka-mereka yang istimewa dalam hidup sepanjang 28 tahun ini serta yang bakal mendatang.

0 comments: